Jeti baru Kuala Kedah Kuala_Kedah

Ada sebuah jeti yang moden telah dibina oleh kerajaan pusat bagi memudahkan pelancong berkunjung ke pulau Langkawi yang indah itu. Jeti ini terletak di tepi muara sungai berlumpur dan tumbuhan utamanhya ialah paya bakau. Di hadapan jeti Kuala Kedah terdapatnya tapak bersejarah iaitu Kota Kuala Kedah . Selain itu terbina sebuah Marina Kuala Kedah yang sudah siap dibina tetapi tidak dapat digunakan kerana terletak di kawasan yang cetek.

Pemandangan di kawasan jeti ini cukup menarik kerana banyaknya bot-bot nelayan yang berwarna-warni kelihatan pulang dari laut. Nelayan keletihan mengangkut hasil tangkapan.

Rumah nelayan yang berselerak di tepi-tepi laut dan sungai di Kuala Kedah telah dipindahkan ke kawasan perumahan Kota Warisan, Kerajaan negeri Kedah telah membina 700 buah rumah dua tingkat stail kampung . Baki yang tinggal hanya 56 buah keluarga yang belum pindah kerana masalah teknikal.

Berkaitan